Thursday, July 19, 2007

Cara-cara sijil anda akan dikembalikan

Kepada mereka terutama pelajar JPA yang risau tentang bagaimana sijil-sijil mereka(SPM dll) akan dipulangkan, berikut adalah apa yang diberitahu oleh cik Hazliza

Sijil itu akan dipulangkan mungkin dengan salah satu cara tersebut:

1.) Kita mengambilnya sendiri di Putrajaya (sekiranya semuanya sempat siap sebelum cuti berakhir)

2.) Sijil akan dihantar menggunakan pos berdaftar (juga sekiranya sempat siap sebelum cuti berakhir)

3.) Sijil akan diserahkan kepada En. Azman dan beliau akan memberikannya kepada kita di Russia (sekiranya semuanya tidak sempat siap sebelum cuti berakhir)

Lagipun, sekarang kalau hilang pun sijil SPM tersebut (nauzubillah) prosedurnya bukan rumit sangat. Samada kita boleh pergi ke Lembaga peperiksaan dan isi borang sijil hilang atau kita boleh download borangnya daripada laman web rasmi lembaga peperiksaan dan poskan (tapi kalau borang diposkan memerlukan surat sumpah daripada polis)

untuk maklumat lanjut tentang kehilangan sijil sila layari laman web rasmi lembaga peperiksaan

No comments: